Dunia Blog
>> 14 August 2009
Asalnya hanya mahu jadikan ruang untuk belajar men’design’ blog.Tapi…
“Ni macam template blog maroazwan tu je…” Balas timbalan saya ketika saya tunjukkan template Zinmag Futura padanya untuk dijadikan template blog psmb-iskandariah
Kantoi pulak..heh~
Nampaknya orang ramai sudah menyedari kehadiran kembali si tongkakaren.Lama menyepi…3 bulan menunggu sehingga semua artikel, nama blog dan segala jenis info yang ada dalam blog habis terdelete sendiri.Memang itu aturannya…
Jadi apa perancangan untuk tongkatkaren ni?
Nak dimeriahkan, bukan mudah.Banyak lagi tanggungjawab yang belum selesai.
Nak dibiarkan begitu sahaja, alahai…Ruginya…
Pening juga memikirkan…Ini baru tentang blog.Belum nak pilih calon isteri lagi.. (ambil ayat Farhan Mahabot…)
Benar juga apa yang saya fikirkan, untuk memegang tanggungjawab bukan mudah.Nampak seperti senang sewaktu menerima, namun dipertengahan, habis hilang semangat dan konsisten.Kalau tanggungjawab untuk diri sendiri, tak mengapa lagi.Tapi bila melibatkan komuniti, habis hancur lunyai sistem organisasi.
Yang tak jalankan tanggungjawab, satu hal….Yang salah guna tanggung jawab, satu hal lagi….
Manusia…Manusia….
Tak perlu selak jauh-jauh…Persatuan kecil depan mata dah ada.Muhasabah sendiri…
PERUBATAN memerlukan sokongan semua ahli.Sokongan AJKT lebih-lebih lagi.Tak perlulah sampai disuruh buat kerja, baru nak kerah tulang untuk bekerja.Amanah ditanggung setiap masa.Bukan hanya di Iskandariah semata-mata.
Tidak teringatkah kita, nasihat Rasulullah S.A.W kepada Abu Dzar R.Anhu ketika Abu Dzar R.Anhu meminta supaya Rasulullah S.A.W memberikannya satu jawatan ; (mafhumnya..)
Wahai sahabat…Bersama-samalah kita muhasabah…
Qamarul Azwan Bin Kamaluzaman
Cleopatra, Iskandariah.
12.58pm, 14 Ogos 2009 Read more...